ibu engkau lah ratu hati ku :)


Assalamualaikum and Hi to all my beloved friends (: Okay today aku nak cerita pasal IBU. Yeayh, mesti la 
kalau kita hidup dekat dunia ni ada ibu enn? Tipu la tu kalau korg cakap korg takde ibu. Kalau yg dah takde ibu tu maybe meninggal dunia ataupun dah bercerai right? Aku pun ada  ibu, and yess aku sygg ibu aku mcm aku syg err tak tahu nak cakap macam mana doe. Sebab syg aku dekat ibu aku tu memang syg sangat sangat. SYURGE BAWAH TELAPAK KAKI IBU kan (: Benci mana pun kita dekat dia, sampai masuk 7 kaki kedalam la dia tetap ibu kita. Aha aku suka bace story ni, so aku share dgn korg tak salah kan.  

Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.
Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.
Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!! 


Yeaaayh, begitu la cerite nye. Aku terjumpe cerite ni dekat facebook ada orang post then aku share laa balik dekat korg. See, betape syyg nye seorang ibu dekat seorang ank? Cube korg fikir kan, apa yg korg sebelum ni pernah tak ibu korg mintak belas kasihan dari korg? Aku rase kalau ada pun dari segi pelajaran, sebab ibu korg nak terbaik untuk korg. Kan? Kalau hidup korg merempat tak tentu pasal, semestinye, ibu korg sedih sangat melihat anak yg dikandung selama 9 bulan hidup tak tentu pasal. Aku bukan apa, hidup akhir zaman ni kebanyakannye anak-2 merdurhakai dengan ibu dorg. Sampai ada yg tendang-2 ibu dorg tu. Astaghfirulah, mana letak nye la iman dorg tu -.- Aku pun tak cakap banyak sebab aku ni pun bukan dari keturunan yg alim ulama, tapi sekurang-2 ye aku tahu hukum hakam.

FOR MY MOTHER ; ADIK SYG MAK SANGAT-2, TERIMA KASIH SEBAB DAH LAHIR KAN ADIK DEKAT DUNIA NI. TERIMA KASIH SEBAB DAH JAGE, RAWAT, DAN BELAI ADIK DENGAN PENUH KASIH SAYANG. ADIK MENGHARGAI NYE SANGAT. INSYALLAH 1 HARI NANTI ADIK TUNAIKAN PERMINTAAN MAK DAN JADI ANAK YANG SOLEHAH. SEDIKIT DEMI SEDIKIT ADIK AKAN BERUBAH DAN BELAJAR BERSUNGGUH-2 UNTUK MASA HADAPAN ADIK. TERIMA KASIH PN.AISHAH BT MUSTPHA  :D